Salam,
Entri kali ni..mungkin berupa wasiat.. hehe..yela,kite ajal maut..mana tahu kan..so..aku sesiap buat entri wasiat..hikhik..
Andai satu hari nanti aku tiada, aku nak
ucapkan terima kasih awal2 dekat mak dan ayah aku..tanpa mereka..aku tk
mungkin wujud di dunia ni..terima kasih..mak dan ayah.. Allah je mampu
balas jasa mak dan ayah.. saya sayang mak dan ayah! :')
Andai satu hari nanti aku tiada, aku nak
abang2 aku tahu..yg aku sayangkan abang2 dn adik2 aku..terima kasih
kerana dah bagi aku kasih dan sayang..menggantikan apa yg sedia
kekurangan.. :’)
Andai satu hari nanti aku tiada, aku pohon
10 jari aku untuk meminta maaf kepada semua andai aku pernah melukakan
hati anda2 semua..halalkan makan dan minum aku sekiranya ada terambil..
Andai satu hari nanti aku tiada, aku punye facebook dan blog ni..aku serahkan kepada adik aku untuk deactivate account laman social tu..aku dh bgtahu password dan email aku kt dia..
Andai satu hari nanti aku tiada, aku nak
kawan2 aku tahu..yang aku sayangkan mereka..terutama kawan2 aku dari aku
kecik lagi..kawan2 aku sekolah rendah dan menengah..kawan2 kt pat kje lame..kawan2 kt restoran sriwangsa seafood dan kawan2 yg mengenali aku...korang..aku sygkan
korang tau!! :’)
Andai satu hari nanti aku tiada, dan
pada ketika itu..aku dh bersuami..aku nak suami aku tahu..segala
perasaan dan hati aku..aku serahkan kepada dia..tiada yang lain..setia
aku,sayang cinta dan rindu..aku hambakan untuk insan yg syurgaku di
bawah telapak kakinya.. abang tengok2 kan anak2 kita ye..didik mereka
jadi insan yg berguna,soleh dan solehah. Mngkin kita tk mampu nk jd
muslim dan muslimah yg sejati..tp jgn biarkan anak2 kita ikut jejak
langkah yg tk baik :’)
Andai satu hari nanti aku tiada, segala hak
milik aku..mana yang boleh di sedekahkan untuk orang2 yg susah..aku
sedekahkan..andai hak milik aku itu berguna untuk kegunaan keluarga
aku..aku izinkan..terutama pada anak2 aku dan adik2 aku...
Andai satu hari nanti aku tiada, percayalah
wahai teman dan sahabat dan insan2 yang aku kenal..korang adalah insan
yg terbaik yg pernah aku kenal selama aku hidup... :’)
andai satu hari nanti aku tiada,korg jgnlah bersedih..teruskan kehidupan korg seperti biasa..law bole tgk2kn mak ayah aku yg tgh sakit 2 ek...andai saya pergi dulu dr mak dan ayah..ampunkan dosa saye dr hujung rambut ke hujung kaki dan halalkan mkn minum saya sepanjang saya hidup..
insyaallah kita akan bertemu dialam lain...mgkin dlm keadaan yg berbeza..doakan saya supaya saya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aminn...sekian wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan