Sabtu, 11 Februari 2012

~~aNdAi LELAKI tAhU hAtI sEoRaNg WANITA~~

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tetapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
naluri keibuannya sangat kuat,
dia hanya mahu yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada,
dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit @ hadiah sedozen,
tapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai..

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u',
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata2 tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar2 maksudkannnya.
apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di matanya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang 
terbaik di matanya.
walaupun sebenarnya memang kamulah 
yang terbaik dihatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia 
mahu melihat sejauh mana lelaki  itu mampu
 bersabar dengan kerenahnya.
percayalah hati perempuan sangat lembut. 
andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya 
dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,
"TOLONG TINGGALKAN SAYA!",
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya,
dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar sahaja.
apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
itu tandanya dia benar2 menyintai anda.
perempuan sukar untuk mengawal perasaan,
dia terlalu emosional.
tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..

Sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan 
perbezaan yang tersendiri.
tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

JADI HARGAILAH KEHADIRAN SEORANG PEREMPUAN DLM 
HIDUP ANDA DIA DIDATANGKAN BUKAN DENGAN KELEMAHAN
SAHAJA TETAPI DIA JUGA ADA KEKUATAN UNTUK MENYOKONG ANDA DAN MEMBUATKAN HIDUP ANDA LEBIH SEMPURNA.
DIALAH YANG BAKAL MENJADI PEREMPUAN BEKERJAYA,ISTERI,
JUGA IBU YANG TERBAIK UNTUK ANAK2 ANDA.

KU HANYA MAHU KAU FAHAMI KU.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan